Ahad, 2 November 2014

PELBAGAI CORAK BANTAL HIASAN

Pelbagai corak boleh anda pilih utk bantal hiasan ni. Corak yang paling top ialah corak nanas. Sejujurnya Ina suka rekomenkan kpd ramai pelanggan Ina kpd corak ini sbb anda takkan menyesal nanti. Wlbp Ina taklah katakan corak2 yg lain tu tak cantik.  Cantik juga sebenarnya....terpulanglah pd pandangan masing2!

Yg ini corak bunga or bunga lawang.  Terus terang Ina bg tau ye...corak ni mmg cantik, tambah2 lagi bila dihias dgn manik di tengah2 kelopaknya.  Kebiasaannya dibuat utk bantal 4 segi. Ada 1 kelemahan pada corak ni, lama-kelamaan ia akan menjadi 'leper' yakni kelopak2nya tu tidak lagi menjadi tegak spt asal....so dah tentulah anda tak mau nmpk mcm tu kan?

Yg ni color cream. 

Mcm ni le Ina kata tadi....buh manik kt kelopak bunga tu. Cantik!  Yg ni bntal peluk comel.

Ehmmm....yg ni corak butang 4 segi, Ina buat utk alas meja. Koleksi sendiri je. Kalau buat saiz kecil sikit mungkin lebih menarik.  

Haaaaa......corak nilah corak nanas or sisik ikan namanya....paling laris!  Masa ni Ina buat saiz 1/2 x 1/2inci...fuhhh! juling mata Ina.  Tak sanggup rasanya. Pernah buat 2 bj bantal 4 segi saiz 16 x 16inci. Itulah kali pertama dan terakhir Ina buat.  Ada yg mintak Ina buatkan tp mintak maaf byk2 leee....buat sendiri je lah ye...  Barulah Ina tau kenapa barang 'handmade' ni agak mahal?  Dah buat sendiri terasa peritnya dan sangat2 menghargai mrk yg sanggup buat spt cadar tu. 

 Yg ni pun Ina buat sbg contoh je.

 Corak daun.

Corak tikar. 

Corak 4 segi timbul. 

 Corak nanas bersaiz 1 x 1inci.

 Corak ombak.  Klu saiz kecil lebih cantik.

Corak labu + nanas saiz kecil (2 line atasnya). 

Corak labu + nanas jugak. 

Yg ni pulak Ina buat saiz kecil je, utk 'key chain' tapi agak rumit sbb saiz kecil susah nak jahit. 

Kalau buat saiz besar mcm ni senanglah sikit....kat tengah2nya boleh letak butang besar.  Maaf ye, yg ni tak sempat siap....huhuhu 

Buat sbg key chain. 

Corak labu + nanas saiz 1/2x12inci.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan