Khamis, 27 November 2014

DAH POS

Alhamdulillah....dah pos laju ke Kelantan, semoga selamat diterima. T/jwb Ina sampai setakat ni saja ye. Lebih kurang mintak halal.  Ina jual.....



 Projek seterusnya color kuning lagi.  InshaAllah seminggu siap!






Isnin, 24 November 2014

TEMPAHAN LAGI

Tempahan seterusnya ialah dpd sidia dr Kota Bharu, K'tan.  Alhamdulillah dah siap sepenuhnya. InshaAllah minggu ni jugak Ina pos ye.  Semoga ianya selamat diterima kelak.

Fuhhh! sekali beli mesti byk ni.  Inilah fibre yg digunakan.  Nampaknya dah mahal la sekarang.  Makin lama makin naik pulak harganya....huhuhu  

4 biji corak nanas, color gold dan kuning ubi.  Gold jenis satin biasa manakala kuning ubi tu satin kualiti.

 2 jenis kain yg berbeza.

 Memang cantik sgt hias kat pelamin, sofa, kereta dll lagi.

 Corak nanas yg sentiasa menarik perhatian ramai.

Ina ambik masa seminggu je jahit 4 biji ni.  Bab menggaris tu la yg paling lambat sekali.  Kena berhati2. Tak boleh senget2 nanti bantal pun senget jadinya.

 Kuning ubi tu hampir sama dgn light cream.

 Berketul2 gituuuu.....hihihi!

 Mcm bunga yg sedang kembang mekar.

 Sebenarnya ada 1 corak baru yg Ina nak try buat tp asyik tertangguh je.  Bz la pulak sekarang ni.

Bhgn tengahnya agak tenggelam sikit ye.  Ada seni di situ.





Khamis, 20 November 2014

SIAPKAN TEMPAHAN LAGI

Alhamdulillah rezeki seterusnya.  Mcm biasa jugak masih dengan corak nanas.  Kali ni 4 biji untuk sidia dari Kelantan. Ehmmm...sblm ni pun dr Kelantan jugak.  T.ksh org Kelantan kerana berminat.

 Color gold jadi pilihan.

Pilihan asal nak color gold dan light choc tapi malangnya.....takde pulak stok kat nagoya tu color light choc, jd sidia tukar color kuning ubi.  Color ni pun cantik jugak tau!

Gold dah siap 50%.  Kuning ubi tu menyusul kemudian ye....sabarrrrrr!!

Nak hias kat sofa tu kata sidia....sangat cantik rumah ni. Tahniah!





Selasa, 11 November 2014

SMOCKING UTK TISUE HOLDER

Ina juga pernah menghasilkan corak smocking utk tisue holder.  Lihatlah hasilnya, lagi kecil saiz coraknya, lagi cantik jadinya...tetapi memerlukan kesabaran yg aaaaaamat tinggi!  Yg ini adalah koleksi sendiri je.  Sesuatu yang rumit dan unik tentulah harganya juga agak tinggi, masa yg diperuntukan terlalu banyak.  Bagi mereka yg pernah membuatnya sahaja dapat menilai dan menghargai 'handmade' sebegini.  Tengok memang mcm mudah tetapi cuba buat sendiri baru tahu.... 


Ina padankan dengan riben merah sebagai penyeri.  Jenis satin kualiti color hijau cendol.

Sebenarnya dalam masa yg sama, Ina turut menghasilkan 2 buah beg utk anak2.  Color koko tu dpd kain curdoroy













7 PCS UTK SIDIA DI SABAH

Satin kualiti color kuning diraja yg sungguh menawan.  Sehingga kini masih tersimpan rapi oleh tuan empunya, sayang sungguh nampaknya....Alhamdulillah kerana sangat menghargai hasil tanganku ini. Semoga ianya menjadi keindahan buat anda.


Ada sulaman comel pada butangnya. 










Rabu, 5 November 2014

TUTORIAL BANTAL CERUT YG MUDAH


Karya tuan empunya.............http://www.jumblesandpompoms.blogspot.com
Kalau nak tengok tutorial penuh sila siasat ke link yg diberi.









Selasa, 4 November 2014

DAH POS ye...

Semoga selamat diterima oleh anda di Kelantan.  Lebih kurang mintak halal.






Ahad, 2 November 2014

CORAK NANAS - pelbagai warna

Color light brown antara yg paling digemari customer.  Yg ni utk customer dr Penang. Butang tengahnya Ina buh color dark brown bg kontra sikit.


 6 line coraknya.

Bantal bunga2 tu adalah dari jenis kain lembut   Agak mahallah sikit ye....sbb klu guna kain lembut kena isi fibre lbh banyak supaya seimbang kembungnya berbeza dgn yg light brown tu (satin).

Proses melakar pd kain lembut ni juga memerlukan kesabaran lebih sbb mudah senget jika tak garis dgn berhati2.  Garisannya juga tak boleh terlalu tebal, mudah nampak pada sebelah hadapan kain...dah tak cantik jadinya!  Ina tak mau nti customer komplen lak.  Perlu ada kemahiran di situ. Kekemasan dan kebersihan memang Ina kna ambik berat.  Keikhlasan juga wajib ada.  Tak boleh la buat ikut suka je...

Tengok betul2 kain ni ye...lagi lembut kain tu, lagi susah nak menggaris.  Ada jugak yg mintak Ina buat guna jenis kain jc....adoiii!  Ina dah tengok kain tu, mmg tak sanggup!!!  Bergetah dan lembut mmg tak sesuai.  Utk koleksi sendiri takpe la...boleh jahit lambat2.


Hmmm....yg ni pulak jenis cotton.  Biasa la, harga cotton ada mcm2. Lagi mahal le harganya.  Ina letak harga ikut jenis kain jugak ye. Klu murah kain tu, murahlah harga bntl.  Selalunya Ina tanya customer tu dulu tp sekarang dah tak buat jenis2 kain lembut dan cotton ni....susah nak cari kain dan penuhi hasrat customer.  Satin lagi senang dan mudah nk cari color.



Merah cili utk customer dr KL. Dah byk kali beliau order.  Bantal bulat 8bj dan 4 segi 4pcs. Terima kasih byk2 kerana percayakan Ina.



 Dark blue jd pilihan rakan setugas.


 2 pasang utk customer dr KL. Cream dan light brown.


Dark brown utk org KL juga. 


 Jenis kain lembut yg sungguh2 menguji kesabaranku.

 Color cream adalah color paling top sekali.

Utk customer dr Selangor. 

 Hitam itu menawan.  Satin kualiti.

 Butang tengahnya Ina guna corak dot2 agar kelihatan timbul penampilannya.

Color dark brown. Butang tengahnya Ina buh corak kotak2 pula. 


Color kuning ubi utk customer dr Selangor lagi.  Sememangnya ramai customer yg order dtgnya dr S'gor dan Johor.


 Satin kualiti.

 Light brown.

 Yg ni Ina buat sulam tgn bunga ros pd butangnya. Satin kualiti.

 Sulam simple je.

 Biru laut.

 Gold color.

 Cotton biasa.

Satin biasa.