BANTAL HIASAN
Rabu, 3 Disember 2014
Khamis, 27 November 2014
DAH POS
Alhamdulillah....dah pos laju ke Kelantan, semoga selamat diterima. T/jwb Ina sampai setakat ni saja ye. Lebih kurang mintak halal. Ina jual.....
Projek seterusnya color kuning lagi. InshaAllah seminggu siap!
Isnin, 24 November 2014
TEMPAHAN LAGI
Tempahan seterusnya ialah dpd sidia dr Kota Bharu, K'tan. Alhamdulillah dah siap sepenuhnya. InshaAllah minggu ni jugak Ina pos ye. Semoga ianya selamat diterima kelak.
Fuhhh! sekali beli mesti byk ni. Inilah fibre yg digunakan. Nampaknya dah mahal la sekarang. Makin lama makin naik pulak harganya....huhuhu
2 jenis kain yg berbeza.
Memang cantik sgt hias kat pelamin, sofa, kereta dll lagi.
Corak nanas yg sentiasa menarik perhatian ramai.
Ina ambik masa seminggu je jahit 4 biji ni. Bab menggaris tu la yg paling lambat sekali. Kena berhati2. Tak boleh senget2 nanti bantal pun senget jadinya.
Kuning ubi tu hampir sama dgn light cream.
Berketul2 gituuuu.....hihihi!
Mcm bunga yg sedang kembang mekar.
Bhgn tengahnya agak tenggelam sikit ye. Ada seni di situ.
Khamis, 20 November 2014
SIAPKAN TEMPAHAN LAGI
Alhamdulillah rezeki seterusnya. Mcm biasa jugak masih dengan corak nanas. Kali ni 4 biji untuk sidia dari Kelantan. Ehmmm...sblm ni pun dr Kelantan jugak. T.ksh org Kelantan kerana berminat.
Color gold jadi pilihan.
Pilihan asal nak color gold dan light choc tapi malangnya.....takde pulak stok kat nagoya tu color light choc, jd sidia tukar color kuning ubi. Color ni pun cantik jugak tau!
Gold dah siap 50%. Kuning ubi tu menyusul kemudian ye....sabarrrrrr!!
Nak hias kat sofa tu kata sidia....sangat cantik rumah ni. Tahniah!
Selasa, 11 November 2014
SMOCKING UTK TISUE HOLDER
Ina juga pernah menghasilkan corak smocking utk tisue holder. Lihatlah hasilnya, lagi kecil saiz coraknya, lagi cantik jadinya...tetapi memerlukan kesabaran yg aaaaaamat tinggi! Yg ini adalah koleksi sendiri je. Sesuatu yang rumit dan unik tentulah harganya juga agak tinggi, masa yg diperuntukan terlalu banyak. Bagi mereka yg pernah membuatnya sahaja dapat menilai dan menghargai 'handmade' sebegini. Tengok memang mcm mudah tetapi cuba buat sendiri baru tahu....
Ina padankan dengan riben merah sebagai penyeri. Jenis satin kualiti color hijau cendol.
Sebenarnya dalam masa yg sama, Ina turut menghasilkan 2 buah beg utk anak2. Color koko tu dpd kain curdoroy
7 PCS UTK SIDIA DI SABAH
Satin kualiti color kuning diraja yg sungguh menawan. Sehingga kini masih tersimpan rapi oleh tuan empunya, sayang sungguh nampaknya....Alhamdulillah kerana sangat menghargai hasil tanganku ini. Semoga ianya menjadi keindahan buat anda.
Ada sulaman comel pada butangnya.
Rabu, 5 November 2014
TUTORIAL BANTAL CERUT YG MUDAH
Karya tuan empunya.............http://www.jumblesandpompoms.blogspot.com
Kalau nak tengok tutorial penuh sila siasat ke link yg diberi.
Langgan:
Catatan (Atom)